Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini menjelaskan Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) tidak dibatalkan dan hanya ditangguhkan untuk mengurangkan bebanan hutang kerajaan.<br /><br />Menurut beliau, kabinet akan menentukan bila proses menyambung semula pembinaan MRT3 akan dibuat namun menegaskan projek utama seperti MRT3 akan diberi keutamaan sekiranya kedudukan kewangan negara pulih.