Speaker Dewan Rakyat yang baru Datuk Mohamad Ariff Yusof menolak dirinya dibandingkan dengan speaker sebelum ini, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mohamad Ariff berkata demikian kepada Malaysiakini dalam wawancara di pejabatnya di Parlimen.

Ketika menjadi speaker, Pandikar sering dikritik kerana keputusan yang dibuatnya termasuklah apabila memutuskan bahawa membawa isu 1MDB di dalam Dewan Rakyat sebagai prejudis terhadap siasatan skandal itu.

Ditanya sama ada beliau akan membenarkan sebarang topik dibahaskan, bekas hakim itu berkata beliau tidak boleh memberi jaminan namun berkata kedaulatan undang-undang akan dimartabatkan.