Menteri Pelajaran Maszlee Malik menimbulkan kecurigaan terhadap sesetengah naib canselor universiti tempatan yang didakwa membocorkan maklumat kepada ahli politik BN.<br /><br />Maszlee berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas menteri pendidikan tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang mendakwa dirinya memberi amaran semasa perjumpaaan dengan semua naib canselor.<br /><br />Beliau bagaimanapun menafikan dirinya mengeluarkan sebarang amaran dan mempersoalkan bagaimana Idris mengetahui mengenai mesyuaratnya itu.