Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan sembilan ahli lembaga pengarah lantikan politik di bawah agensi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah ditamatkan perkhidmatan

Menurut Syed Saddiq, sembilan lantikan itu ialah dikalangan pemimpin pemuda umno ketika zaman pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Antara yang ditamatkan perkhidmatan itu ialah itu ahli lembaga pengarah termasuk pengerusi dalam dua badan bawah KBS iaitu Perbadanan Golf Subang dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.

Namun Syed Saddiq akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan pada masa yang akan diberitahu kelak.

Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan akan menyingkirkan 17,000 kakitangan awam dari lantikan politik bagi menjimatkan perbelanjaan negara.