Surprise Me!

Anwar adalah seorang yang hebat, kata Jamal

2018-08-03 5,534 Dailymotion

Selepas 27 hari merengkok dalam penjara, pemimpin sensasi Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata beliau akhirnya faham kenapa musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang yang hebat.

“Apabila di sana (penjara), saya dapat rasakan macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang hebat, berjiwa kental," katanya yang baru dibebaskan daripada tahanan polis.

Anwar telah dua kali masuk penjara selepas berdepan tuduhan meliwat dua kali.

Jumlah terkumpul keseluruhannya dalam penjara lebih 10 tahun.

Anwar menafikan dakwaan terhadapnya dan menyifatkannya sebagai konspirasi politik.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pula telah memberikannya pengampunan penuh selepas Pakatan Harapan menumbangkan pentadbiran 61 tahun BN.

Berkaitan tuduhan terhadap Anwar, Jamal berkata beliau tidak mahu menghakiminnya.

“Apa yang dia buat adalah antara dia dengan Allah,” kata ketua Umno bahagian Sungai Besar yang terkenal dengan pelbagai gimiknya itu.

Sementara itu, Jamal juga menyifatkan pengalamannya berada dalam tahanan polis banyak memberinya pengajaran.

Jamal ditangkap selepas BN gagal mempertahankan penguasaan 61 tahunnya, berkaitan beberapa pertuduhan.

Dia melarikan diri ke Indonesia tetapi berjaya diberkas di Jakarta dan dihantar pulang untuk berdepan pengadilan.

Bulan ini, dia dijadual hadir ke mahkamah pada 10 Ogos ini bagi prosiding kes pencerobohan.

Buy Now on CodeCanyon