Cukai pelancongan yang telah dilaksanakan pada tahun 2017 hanya dikenakan kepada pelancong asing sahaja, kata Timbalan Menteri Pelancingan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Beliau menjawab soalan dari Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang menanyakan sama ada kerajaan sudah mengadakan sesi perbincangan bersama pengusaha hotel bajet yang merungut mengalami kerugian.

Mengulas lanjut Bakhtiar menjelaskan, setakat ini tiada rungutan dari pelancong asing.

Setakat ini juga kerajaan telah mengumpul sebanyak RM146 juta hasil kutipan dari September 2017 sehingga Jun 2018.