Surprise Me!

Tegang! Bung Moktar mengamuk: 'F*** You!''

2018-08-07 313 Dailymotion

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mengamuk di dewan rakyat sehingga mengeluarkan perkataan lucah di dalam dewan rakyat.

Ia berlaku ketika Bung yang bangun mencelah ketika Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membahas mengenai GST.

Bung ketika itu yang membahas mengenai GST kemudian terganggu dengan celahan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang mencelah mengenai kasino.

Kasino itu dipercayai merujuk kepada beberapa keping gambar yang menyerupai Bung dilihat berjudi di kasino. Namun gambar itu tidak dapat disahkan kesahihan.

Kemudian dewan semakin tegang apabila beberapa perkataan lain keluar seperti 'pelacur', 'bapak kau'.

Ahli Parlimen kerajaan bangun mahu Bung menarik balik perkataan-perkataan tersebut.

Keadaan yang tidak dapat dikawal sehingga memaksa Timbalan Speaker dewan rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menangguhkan perbahasan itu bagi meredakan keadaan.

Buy Now on CodeCanyon