Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka dituduh lagi di mahkamah esok.

Beliau dijangka berdepan pertuduhan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 pula.

Menurut sumber, Najib telah diminta hadir ke sebuah pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini untuk lanjutan soal siasat dan dimaklumkan berkaitan pertuduhan esok di situ.

Beliau sebelum ini telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa.