Kapal layar mewah Equanimity yang dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang sebentar tadi.

Malaysiakini difahamkan pasukan khas dari Pejabat Peguam Negara kemudiannya akan melakukan pemeriksaan.

Kapal bernilai AS$250 juta yang didakwa dibeli dari wang yang diselewengkan dari dana 1MDB tersebut berlepas dari perairan Batam, Indonesia pada jam 4.45 petang semalam.

Menurut sumber keselamatan, selepas pasukan khas itu selesai melakukan pemeriksaan, mesyuarat akan diadakan di antara semua jabatan pihak berkuasa yang ditugaskan menyiasat skandal 1MDB.

Buat ketika ini, pihak media juga tidak benarkan berada berdekatan kapal berkenaan dan hanya dibenarkan merakamkan gambar atau video dari jarak jauh.

Kapal itu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia susulan siasatan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.