Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 atas tiga pertuduhan menerima, memiliki dan memindahkan wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun miliknya pada tahun 2014 hingga 2015.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan 10 Ogos ini untuk sebut semula kes bersama empat pertuduhan bertarikh 4 Julai lalu berserta 'gag order' sebelum menetapkan tarikh perbicaraan untuk kesemua pertuduhan.

Tiada sebarang jaminan tambahan dikenakan terhadap pertuduhan hari ini dan Najib dilepaskan dengan jaminan mahkamah.

Bagi pihak SPRM, pendakwaan diketuai Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria manakala pihak pembelaan diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.