Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menasihatkan Anggota Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin supaya mencari orang yang selayaknya untuk diajak “berlawan” dan bukan dengan dirinya.

Katanya, sebagai ahli politik tugasnya adalah membangunkan masyarakat dan negara dan bukannya berlawan.

Bung merujuk kepada juara dunia weltwerweight Persatuan Peninju Dunia (WBA) Manny Pacquiao yang memegang rekod tumbangan teknikal (TKO) sebanyak 39 kali.

Kali terakhir pada 9 Julai lalu, peninju dari Filipina itu menewaskan Lucas Matthysse secaraTKO dalam pusingan ketujuh dalam perlawanan yang diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Willie dalam ciapnya di Twitter semalam menyahut cabaran Bung untuk ‘berlawan’.

Ini selepas Bung Moktar semasa perbahasan isu pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat, semalam menyoal sama ada pemimpin PKR Sarawak itu mahu bergaduh dengannya.