Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tetap bersangka baik dengan meyakini RM18 bilion bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sepatut dipulangkan kepada peniaga sebenarnya masih ada.<br /><br />Kata bekas timbalan perdana menteri itu, beliau percaya wang berkenaan masih berada dalam akaun yang disatukan (consolidated account) milik kerajaan.