Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof memberi amaran kepada semua Anggota Parlimen supaya menjaga tingkah laku dan tidak menggunakan kata-kata kesat serta berbaur lucah di dalam Dewan Rakyat.<br /><br />Mohamad Ariff berkata tindakan keras boleh diambil di bawah Peraturan Mesyuarat 44 (2), termasuk mengarahkan mereka keluar dari dewan untuk satu tempoh tertentu.<br /><br />Beliau merujuk kepada perkataan berbaur lucah yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam insiden pertikaman lidah antara Anggota Parlimen Kinabatangan itu dengan Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) dan Su Keong Siong (PH-Kampar), pada Selasa (7 Ogos).
