Anggota Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mencadangkan agar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dikorporatkan.<br /><br />Memetik contoh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Ahmad berkata langkah tersebut penting bagi meningkatkan perkhidmatan agensi itu dan memastikan pengutipan cukai lebih berkesan.
