Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menjelaskan bahawa kementeriannya tersilap mengumumkan jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran Balik GST yang sebelum ini didakwa diseleweng oleh kerajaan pentadbiran BN.<br /><br />Bercakap di dalam Dewan Rakyat, Lim berkata jumlah kekurangan sebenar adalah lebih besar daripada yang didedahkannya sebelum ini iaitu sebanyak RM19.248 dan bukannya RM17.911 bilion.
