Bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata gesaan supaya menjarakkan diri dengan parti itu tidak timbul.<br /><br />Katanya, sejak meletakkan jawatan, beliau tidak pernah campur tangan dalam urusan parti.<br /><br />Beliau mengulas kenyataan bekas menteri Umno Datuk Seri Nazri Aziz semalam bahawa Najib patut ke tepi dan membenarkan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi mengemudi Umno ke depan.