Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan penjawat awam seperti PTD, polis dan tentera untuk berkhidmat dengan setia kepada kerajaan tetapi bukan sehingga tahap melakukan jenayah.

“Kalau saya bagi arahan suruh bunuh, nak pi (pergi) bunuh tak?

"Kamu tidak perlu ikut semua arahan. Hanya ikut arahan yang tertakluk di bawah dasar-dasar kerajaan,” katanya di hadapan kira-kira 3,500 Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan menteri-menteri kabinet yang menghadiri sesi Town Hall Bersama PTD di Putrajaya hari ini.

Dr Mahathir berkata jika pegawai kerajaan mendapati tugas yang diberikan adalah jelas salah atau berunsur jenayah, mereka tidak seharusnya mengikut sahaja arahan tersebut.

"Ada beza antara arahan yang mengikut dasar tertentu dengan arahan melakukan jenayah,” katanya sambil menambah bahawa adalah salah jika pengawai kerajaan menerima arahan untuk melakukan jenayah, seperti menyembunyikan bukti jenayah.

Mahathir, yang tidak menyebut sebarang kes tertentu, berkata kakitangan awam, termasuk anggota polis dan tentera, berhak mengingkari perintah jika ia melanggar nilai moral.

Walau bagaimanapun, beliau berkata ada kakitangan kerjaan yang secara buta mengikut arahan.

“Apabila disuruh buat benda salah, ada pegawai yang sanggup, diarah sembunyi bukti tu.. dan kenakan hukum kepada sesiapa yang membocor, itu salah,” katanya.

Dr Mahahtir berkata pegawai kerajaan perlu tegas menidakkan arahan yang tidak wajar seperti turun berkempen untuk parti politik walaupun diugut dikenakan tindakan.