Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kerajaan Pakatan Harapan kerana menjadikan alasan hutang negara lebih daripada RM1 trilion untuk tidak melaksanakan janji 100 hari dalam manifesto mereka.

Kata Tuan Ibrahim, laporan Audit terbaru yang dibentangkan di peringkat Parlimen mengesahkan bahawa hutang sebenar kerajaan hanyalah RM686 juta sahaja.

Jelasnya, kerajaan memasukkan beberapa item yang bukan dalam mekanisme biasa pengiraan hutang negara bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya hutang negara sangat besar dan banyak hingga tidak boleh dikawal.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengenalan calon PAS bagi PRK Seri Setia di Padang Permainan Desa Mentari, Petaling Jaya malam tadi.