Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Li Keqiang di bangunan Great Hall of the People di sini hari ini.

Ketibaan Dr Mahathir disambut oleh Li untuk perbincangan bersama pada pukul 10 pagi.

Perdana Menteri, yang dalam lawatan itu kemudian diberi acara sambutan rasmi oleh tuan rumah China

Mahathir dalam lawatan rasmi lima hari ke China sejak Jumaat, dimulai dengan program-program di Hangzhou.

Turut berlangsung mesyuarat delegasi Malaysia-China yang diketuai oleh pemimpin dari kedua-dua negara.