Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin.

"Tidak, tidak, dia (Daim) yang kata 100 hari, saya tidak pernah sebut 100 hari (tempoh untuk CEP).

"Saya mahu dia teruskan," kata Mahathir pada sidang akhbar bersama media Malaysia di Beijing apabila ditanya sama ada tempoh CEP yang sudah berakhir selepas 100 hari Pakatan Harapan mentadbir negara.

Mahathir berkata bahawa khidmat Daim masih diperlukan kerana kepakarannya.