Tun Dr Mahathir Mohamad memang dikenali menjadi salah seorang pemimpin politik yang sangat lantang bercakap mengenai ahli perniagaan kontroversi dan kenalan Datuk Seri Najib Razak, Jho Low.<br /><br />Semasa mengadakan sidang media di Beijing, China hari ini perdana menteri sekali lagi ditanya mengenai Jho Low.<br /><br />Asalnya Dr Mahathir bercakap mengenai kelicikan ahli perniagaan muda kelahiran Pulau Pinang itu dan dipercayai memiliki banyak pasport bagi memudahkannya menyelinap daripada pihak berkuasa apabila perlu.