Calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, Wong Siew Ki tidak bimbang dengan pengundi PAS yang diseru supaya menyokong MCA.

Menurut Siew Ki, biarpun jelas pemimpin Pas menyeru agar pengundi parti itu menyokong MCA, beliau percaya rakyat Balakong bijak dalam memilih siapa calon mereka.

“Saya sebenarnya tidak risau sangat sebab kerjasama Pas dan MCA bukan hari pertama,

“Saya rasa pengundi Balakong bijak untuk menentukan siapa yang mereka akan sokong," katanya selepas melancarkan manifesto peringkat PRK di bilik gerakan DAP hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu, calon Pas, Mohamad Ibrahim Ghazali memperoleh 6,230 manakala calon MCA, Lim Chin Wah memperoleh 5,874 undi.

Bagaimanapun jumlah itu gagal menandingi undi penyandang mendiang Eddie Ng Tien Chee yang mendapat majoriti 35,538 undi.