Kerajaan sedang mempertimbangkan cukai minuman ringan bagi membendung masalah kesihatan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dasar itu dipromosikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membendung kegemukan, kencing manis dan masalah lain berkaitan gula.

Katanya, ia telah pun dilaksanakan negara maju seperti Denmark, Perancis dan United Kingdom.

“Kadar kencing manis di negara ini kerana kita ambil gula secara berlebihan,” beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas melancarkan satu acara perniagaan di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir berkata terdapat rakyat Malaysia yang minum minuman ringan sehingga tujuh botol sehari.

“Ini tidak perlu, kita boleh minum air kosong,” katanya.

Katanya, kadar pesakit kencing manis di negara ini sekarang amat tinggi.

Idea cukai baru itu pada mulanya dibangkitkan pegawai khas menteri kewangan Tony Pua pada 16 Ogos lalu bagi menggalakkan gaya hidup sihat.

Anggota Parlimen Damansara Tony Pua juga berkata langkah itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah (B40) kerana mereka “tak perlu minum Coca Cola”.