Aktivis hak asasi manusia yang lantang, Siti Kasim melahirkan rasa kecewa terhadap pentadbiran kerajaan sekarang yang gagal mengawal isu kaum dan agama yang sering ditimbulkan oleh puak pelampau.<br /><br />Siti Kassim yang hadir pada forum 'Malaysia Baru: 61 Years after Merdeka, Does Ethnicity and Religion Matter?' melahirkan kegusaran kerana isu kaum dan agama boleh menjadi barah jika tidak ditangani dengan cermat.