Jualan petrol RON95, RON97 dan diesel dikecualikan daripada cukai buat masa ini.<br /><br />Bagaimanapun keadaan mungkin berubah jika harga komoditi itu jatuh, kata ketua pengarah kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy.<br /><br />Dalam taklimat cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan dua hari lagi, beliau berkata kegiatan penapisan minyak tetap harus didaftar dengan Jabatan Kastam.