Kerajaan tidak mempunyai pilihan melainkan melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September bagi mengelak akaun semasa negara mengalami defisit, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.<br /><br />Beliau berkata, negara akan mengalami kekurangan hasil sebanyak RM4 bilion jika SST tidak dilaksana dan ini akan memberi kesan yang besar kepada prestasi ekonomi kerajaan.
