Parti komponen dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) diingat supaya tidak berbalah sesama sendiri sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti perpecahan dan ‘perceraian’, kata Mohamad Sabu.

Timbalan Presiden HARAPAN itu berkata setiap parti mempunyai pandangan serta pendapat berbeza, namun perkara berkenaan tidak seharusnya menjadi punca ‘perceraian’ antara mereka.

Beliau menarik perhatian bahawa faktor utama kemenangan HARAPAN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lepas adalah disebabkan gabungan antara PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Kalau tambah parti lain, tidak mengapa tetapi jangan (berbeza pendapat) hingga kita semua bercerai.

“PAS pun tahu gabungan ini penting sebab itu sekarang mereka bergabung dengan Umno," katanya ketika berucap pada ceramah pilihan raya kecil Seri Setia di Shah Alam malam tadi.