Surprise Me!

KISS, peluang kerja dari rumah

2018-09-05 1,475 Dailymotion

Selangor akan memulakan projek perintis bagi Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dengan menyediakan peluang bekerja dari rumah tidak lama lagi.

Exco Kesihatan, Pemerdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya kini merangka rancangan itu bersama syarikat korporat untuk dilaksanakan.

Katanya, menerusi inisiatif itu, penerima KISS akan diberi latihan untuk menghasilkan produk sekali gus memasarkan produk mereka dengan kerjasama daripada syarikat korporat berkenaan.

Mariah berkata semua ADUN dinasihatkan meneliti syarat permohonan penerima KISS supaya program itu dinikmati oleh golongan yang benar layak.

Melalui KISS, setiap ibu yang layak akan menerima bantuan RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan.

Program itu memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 golongan ibu, termasuk mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung serta pakaian sekolah untuk anak di pasaraya juga kedai runcit terpilih.

Peserta KISS boleh mendapat bekalan berkenaan di lebih 500 pasar raya dan kedai runcit berdaftar seperti Giant Hypermarket, 99 Speedmart serta Pusat Pakaian Hari-Hari.

Buy Now on CodeCanyon