Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipilih sebagai Presiden PKR mendedahkan beliau sebelum ini ditawarkan jawatan presiden Universiti Islam Antarabangsa tetapi telah menolak pelawaan tersebut.

"Tapi kerja saya sekarang apa? Tak ada jawatan apa.

"Saya jumpa Tun M (Dr Mahathir Mohamad), bagi tahu Tun M saya tak nak apa.

"Baru-baru ini ada cadang saya jadi presiden UIA pun saya tak nak. Saya nak kerajaan Pakatan Harapan di bawah Tun M kuat," kata Anwar berucap dalam kempen calon PKR untuk pilihan raya kecil Seri Setia, Halimey Abu Bakar.