Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menganggap Rafizi Ramli sebagai tokoh terbaik untuk menjadi Timbalan Presiden PKR bagi membantu Presiden parti yang baru dipilih, Datuk Seri Anwar Ibahim.<br /><br />Menerusi satu video pendek yang dihasilkan oleh Ketua Pemuda AMK itu, Nik Nazmi turut menyenaraikan sebab-sebab kenapa Rafizi layak untuk diangkat menjadi orang nombor dua parti reformasi itu.<br /><br />Antara sebabnya menurut Nik Nazmi ialah komitmen Rafizi mendedahkan skandal-skandal BN sehingga dijatuhkan hukuman dan hilang kelayakan mengekalkan kerusi Parlimen Pandan.