Surprise Me!

Limpahan air di terowong berhampiran Cameron Highland

2018-09-26 3 Dailymotion

Tiada mangsa terlibat dalam insiden limpahan air deras dari lereng bukit yang dilaporkan berlaku di Kilometer 42, berhampiran terowong Simpang Pulai-Ipoh di sini, kira-kira pukul 2.45 petang tadi, berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Mohd Hilmi Kashfi berkata walaupun hujan sudah mula berhenti, cuma satu lorong sahaja dibuka kepada kenderaan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan.

“Dinding konkrit yang menghalang laluan air telah pecah dan mengakibatkan limpahan air. Orang ramai diminta untuk berhati-hati ketika dalam perjalanan ke Ipoh memandangkan air yang melimpah masih laju,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Satu rakaman limpahan air deras dari lereng bukit berdurasi 0.16 saat telah menjadi viral di media sosial, sejak petang tadi. - BERNAMA

Buy Now on CodeCanyon