Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa anggota parti itu untuk tetap bersabar kerana sedikit masa lagi mereka akan menjadi rebutan akibat pergeseran dalaman Pakatan Harapan.

Beliau berkata HARAPAN "boleh bubar pada bila-bila masa sahaja" yang akan mengakibatkan situasi parlimen tergantung.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam ucapannya di persidangan tahunan parti itu di PWTC, Kuala Lumpur malam tadi.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata Umno bersedia membentuk kerajaan perpaduan dengan sebarang parti dalam Pakatan Harapan.