Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melahirkan rasa marah dan sedih berhubung kes kemalangan maut berhampiran terowong Menora kelmarin yang terjadi kerana kecuaian pemandu lori.

Menurut Loke, apa yang menyedihkan ialah pemandu lori itu didapati positif dadah jenis ‘methamphetamine’ dan mengakibatkan sebuah keluarga seramai lima orang termasuk seorang bayi mati.

Loke turut mengarah lesen syarikat pengendali lori itu yang memiliki 28 permit kenderaan lain untuk digantung selama dua minggu. Semua kenderaan perlu kembali ke depoh.