Selepas bercuti selama tiga bulan daripada sebarang aktiviti akibat daripada pembedahan ketumbuhan di pankreas, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini kembali ke arena politik.

Beliau membuat kemunculan dalam siri kempen calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.

"Saya hampir tiga bulan tak beri ucapan di khalayak ramai disebabkan keadaan saya yang agak uzur.

"Inilah pertama kali saya keluar Kuala Lumpur sampaikan ucapan atas sebab nak nyatakan sokongan padu kepada calon HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di Port Dickson," jelasnya.