Datuk Seri Anifah Aman sempat menasihatkan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah mengenai bidang pentadbiran dan dasar kementerian itu.

Kata bekas menteri luar itu, pengenalan dasar luar Malaysia Baharu telahpun wujud sebelum ini.

Jelasnya, dasar itu dilaksanakan seolah-olah kerajaan Pakatan Harapan ingin mengatakan Malaysia sebelum ini tidak mempunyai dasar luar.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan usul menentukan hala tuju dasar luar Malaysia di Dewan Rakyat hari ini.

Anifah juga turut menegur kenyataan Saifuddin bahawa terdapat perbezaan antara memperkenalkan dasar baharu dengan cadangan baharu oleh beliau.