Anggota Dewan Rakyat hari ini membangkitkan isu bidang kuasa Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad yang mengenakan larangan merokok di parlimen bermula kelmarin.

Johari Abdul (HARAPAN-Sungai Petani) berkata menteri tiada kuasa menguatkuasakan undang-undang itu kerana parlimen berada bawah bidang kuasa speaker.

Justeru itu, beliau memohon Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menarik balik notis yang ditandatangani Dzulkefly.

Johari disokong oleh anggota parlimen parti lawan daripada BN, iaitu Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau) dan Datuk Bung Moktar Radin (Kinabatangan).

Ariff bagaimanapun menjawab dengan tenang bahawa beliau akan mengeluarkan petua yang berkaitan setelah mengkaji undang-undang dan peraturan mesyuarat.

Setakat ini, lapan orang, termasuk anggota parlimen telah didenda.