Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mahu Putrajaya mendapatkan kembali US$3.5 bilion dana yang hilang daripada International Petroleum Investment Co (IPIC) ketika urusan pentadbirannya dengan firma Abu Dhabi.<br /><br />Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata kerajaannya menandatangani perjanjian dengan IPIC pada 2015, di mana Malaysia akan menerima AS$1 bilion daripada firma itu manakala IPIC juga "bersetuju untuk mengembalikan US$3.5 bilion."<br /><br />Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.