Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan akan menghantar menteri-menteri Kabinet menghadiri kursus dalam usaha 'menyekolahkan' mereka.<br /><br />Menurut Shamsul usaha itu perlu dilakukan secepat mungkin kerana ia dapat memberikan panduan melalui mereka yang berpengalama n dalam bidang pentadbiran.<br /><br />Semalam dalam satu forum anjuran Sinar, Mahathir berkata kerajaan akan menghantar menteri-menteri Kabinet menghadiri kursus dalam usaha 'menyekolahkan' mereka dan untuk tujuan bagi meningkatkan prestasi menteri.
