Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mahu kerajaan tidak lagi 'bertolak ansur’ dengan pemandu teksi memandangkan sudah begitu banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai tentang perkhidmatan itu.<br /><br />Katanya, perkhidmatan teksi di negara ini perlu ditambah baik secara keseluruhan dan tidak boleh ada istilah 'setengah baik, setengah tak baik’.<br /><br />Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan koleksinya di Universiti Islam Malaysia Cyberjaya, Selangor, hari ini.