Menteri Kewangan Lim Guan Eng memaklumkan bahawa Sabah dan Sarawak tidak pernah meminta bantuan kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam pentadbiran negeri. <br /><br />Sebaliknya, kata Lim, ada negeri tertentu yang menulis surat secara hitam putih meminta wang kerana tidak mampu membayar gaji.<br /><br />Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim mengenai format kelulusan geran atau pinjaman kepada negeri daripada kerajaan Pusat.
