Institusi Parlimen akan menjadi tidak lebih daripada 'tong sampah' sekiranya platform itu digunakan untuk mengungkit kenyataan-kenyataan lama, kata Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari.<br /><br />Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan negeri Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan awam sehingga meminta bantuan kewangan daripada kerajaan Pusat.