Tidak seperti pendakwaan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, penyokong bekas perdana menteri hampir tidak kelihatan di mahkamah.

Kira-kira 20 polis ditempatkan di bahagian pekarangan mahkamah, sementara wartawan berbaris sejak awal pagi tadi untuk masuk ke mahkamah.

Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam dan kira-kira 10 yang lain dilihat di lobi mahkamah termasuk pelakon, Ellie Suriati.

Terdahulu, Lokman memaklumkan melalui mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau tidak menjangkakan ramai penyokong hadir ini kerana sudah mengadakan himpunan semalam.

Najib dihadapkan ke mahkamah sesyen untuk pertuduhan atas kes pecah amanah pada hari ini.