Surprise Me!

Mana pergi penyokong Najib? Ini jawab bekas pegawainya

2018-10-25 22,937 Dailymotion

Penyokong Datuk Seri Najib Razak yang hadir di mahkamah tidak seperti kebiasaan ketika Najib didakwa di mahkamah.

Menurut pemerhatian wartawan KiniTV yang berada di lapangan, hanya terdapat kurang daripada 20 orang yang datang ke pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya mengenai keadaan itu salah seorang daripada mereka berkata ia berlaku kerana kelewatan maklumat diterima.

Kata Isham Jalil penyokong Datuk Seri Najib Razak hanya diberitahu mengenai prosiding hari ini pada petang semalam.

Justeru kata Isham yang sebelum ini pernah menjadi pegawai khas Najib, mereka tidak sempat mengumpul penyokong seperti yang sepatutnya.

Pada masa sama katanya prosiding hari ini yang diadakan pada hari bekerja turut menyukarkan penyokong Najib hadir.

Malah dia mengesyaki kelewatan itu bukanlah suatu kebetulan sebaliknya dirancang pihak-pihak tertentu.

Antara yang hadir ialah Aanggota Majlis Tertinggi Umno (MT) Datuk Lokman Noor Adam dan pelakon Ellie Suriati Omar.

Buy Now on CodeCanyon