Pemimpin Umno Johor Datuk Md Jais Sarday membidas Ahli majlis tertinggi parti Datuk Lokman Noor Adam apabila menyamakan pendakwaan terhadap presiden parti itu dengan fitnah terhadap Nabi Muhammad.

Menulis di Twitternya, Jais menasihatkan Lokman supaya tidak bercakap mengikut nafsu sekiranya ilmu tidak mencukupi.

Tambah Jais lagi menyamakan Presiden yg didakwa di mahkamah dgn fitnah yg dilempar kpd Nabi Muhammad adalah suatu kebodohan

Ini kerana, menurut Ketua Umno Kluang itu Nabi Muhammad adalah maksum dan membuat perbandingan itu hanya akan memalukan UMNO.

Tweet Jais itu turut diulang siar oleh anggota parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Ketua Umno Kluang itu merujuk kenyataan Lokman malam tadi yang menuntut agar ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki meletakkan jawatan.

Ini selepas Asyraf berkata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi wajar melepaskan sementara jawatan itu agar dapat memberi tumpuan terhadap pertuduhan ke atasnya di mahkamah.

Lokman, dalam video Facebook malam tadi berkata Nabi Muhammad juga pernah difitnah, tetapi Allah tidak memerintahkan baginda 'bercuti'.