Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan beliau akan terus menggalas tugas sebagai presiden Umno walaupun terdapat gesaan pemuda parti itu agar beliau mengembil cuti seketika.

Mengulas gesaan itu di Twitter, Zahid berkata apa yang penting pada masa ini adalah untuk Umno terus bersatu-padu dan terus bergerak bersama untuk menentang musuh yang mahu menghancurkan parti.

Ahmad Zahid menjelaskan beliau tetap meraikan kepelbagaian pendapat dan mengucapkan terima kasih atas pandangan Pemuda.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata Ahmad Zahid wajar mengambil cuti seketika agar dapat memberi tumpuan kepada kesnya di mahkamah.

Ia berkaitan 45 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan menerima suapan berjumlah lebih RM42 juta serta 27 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta.

Kata Asyraf, tidak adil untuk terus meletakkan tanggungjawab mengetuai Umno kepada Ahmad Zahid di saat parti itu terus bergerak ke hadapan.