Dewan rakyat kecoh sebentar apabila Menteri pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bertikam lidah mengenai isu kasut.

Ia bermula apabila Maszlee sedang berucap mengenai kajian berhubung Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan menekankan aspek 'engagement' dengan semua pemegang taruh.

Kemudian ucapan Maszlee diganggu dengan isu kasut dan stoking. Ia merujuk kepada kontroversi pengumuman Maszlee bahawa sekolah-sekolah di Malaysia akan melaksanakan pemakaian kasut hitam yang akan berkuatkuasa pada tahun 2020.

Maszlee kemudian menyelar ahli-ahli parlimen BN itu dengan hanya tahu isu kasut tanpa menfokuskan 100 perkara yang dibawa oleh beliau.

Dewan kemudian ditenangkan oleh timbalan speaker dewan rakyat, Nga Kor Ming.