Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menetapkan agar menteri atau timbalan menteri hadir pada sesi soal jawab di parlimen.

"Peraturan Mesyuarat 21 tetapkan pertanyaan hendaklah dijawab oleh menteri dan timbalan menteri yang bertanggungjawab dengan hal-hal jawatan urusan, mereka perlu hadir bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan," katanya.

Ketetapan itu dibuat selepas Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) pada 25 Okt lalu tidak berpuas hati apabila soalan yang diajukan kepada Kementerian Dalam Negeri dijawab oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohd Radzi Md Jidin.

Ia susulan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Mohd Azis Jamman tidak hadir.