Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui tindakan pemantauan dan penguatkuasaan merumuskan tiada bukti menunjukkan bahawa terdapat penjualan beras dan telur palsu di pasaran.<br /><br />Timbalan Menterinya Chong Chieng Jen berkata justeru itu KPDNHEP dan Kementerian Kesihatan mengalu-alukan individu yang mempunyai bukti supaya tampil dan memberi maklumat bagi membolehkan tindakan siasatan dilaksanakan.
