Seramai 78,612 kekuatan anggota-anggota penyelamat seperti agensi bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam akan digerakkan ke lokasi banjir bagi menghadapi musim tengkujuh.<br /><br />Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebanyak 1,080 daripada 5,448 pusat pemindahan telah mulakan diaktifkan sebagai langkah siapsiaga.
