LUMUT 17 Nov. – Keperitan dan kesengsaraan sepanjang empat bulan termasuk tidak tidur selama tiga hari semasa Hell Week antara modul yang perlu diikuti semua pelatih kursus asas komando Pasukan Khas Laut (Paskal).<br /><br />Namun, apa yang membanggakan, keperitan tersebut bukanlah batu penghalang kepada seorang pelatih yang ingin mengikut jejak langkah bapanya, juga anggota Paskal sejak tahun 1991 sehingga 2014.